Wednesday 6 March 2024

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN TENAGA DI HOSPITAL JASIN PADA 6 HB MAC 2024

Jawatan kuasa Pusat Kesihatan UTeM telah mengadakan lawatan penanda aras berkaitan pengurusan tenaga  pada 6 hb Mac 2024 di Hospital Jasin. Lawatan ini bertujuan untuk menimba ilmu kejayaan Hospital Jasin mendapat penarafan tertinggi (Platinum) dalam pensijilan Leadership In Energy And Environment Design ( LEED) yang dikeluarkan oleh U.S Green Building Council (USGBC) . Pensijilan Bangunan Hijau bertaraf  Platinum ini adalah dalam kategori Existing Building Operation And Maintenance Version 4 iaitu yang pertama di dunia bagi bangunan hospital dan juga yang pertama di Malaysia bagi bangunan kerajaan. Semoga lawatan ini dapat membantu memantapkan pugurusan tenaga Pusat Kesihatan UTeM.












































Wednesday 28 February 2024

RUMUSAN PELEPASAN TAHUNAN CO2, NILAI DAN PELABELAN BEI BERDASARKAN DATA DASHBOARD PKU BAGI TAHUN 2020 -2023





 


RUMUSAN PELEPASAN TAHUNAN CO2 , NILAI DAN PELABELAN BEI BERDASARKAN DATA DASHBOARD PUSATKESIHAAN UTEM BAGI TAHUN 2020-2023

TAHUN

2020

2021

2022

2023

Perlepasan tahunan C02(Tan)

29.28

33.89

46.75

54.09

Jumlah Tenaga (kWj)

45744.60

52958.16

65706.51

83092.35

Kos RM

19174.97

25188.42

36384.35

41664.82

Nilai BEI (kWj / m² / tahun )

99.01

114.63

158.11

182.92

 Bintang

5 Bintang

4 Bintang

3 Bintang

2 Bintang

 

ULASAN KESELURUHAN GRAF

1.    Didapati kenaikan setiap tahun bermula dari tahun 2020 hingga 2023 dari segi kos ( RM ), pelepasan CO2 , penggunaan tenaga (kWj) dan nilai BEI . Ini disebabkan isu kawalan pergerakan KKM bagi mengawal wabak  Covid 19 yang bermula pada tahun 2020. Kawalan pergerakan dilonggarkan apabila kes Covid terkawal sehingga aktiviti berjalan seperti biasa sepenuhnya secara berperingkat pada tahun 2022.

2.    Hasil keputusan graf juga bergantung kepada kekerapan penggunaan PKU di luar waktu operasi bagi aktiviti standby perubatan , pembersihan bangunan dan projek pembinaan / penambahbaikan bangunan yang turut menyumbang kenaikan graf pada tahun 2022 dan 2023.

3.    Perlu penambahbaikan dari segi kecekapan tenaga bagi mendapat nilai BEI yang dan yang terbaik adalah 5 bintang. Kerjasama semua staf PKU dapat membantu pencapaian BEI PKU 5 bintang.